BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan menyimbah cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok, di sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi apabila tiga suspek tersebut datang ke premis berkenaan dengan menaiki dua buah motosikal.
Menurutnya, mereka kemudiannya menyimbah cat merah pada premis tersebut sebelum melarikan diri.
"Semasa kejadian premis berkenaan belum lagi beroperasi dan akan memulakan perniagaan pada hari ini.
"Setakat ini punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan usaha mengesan suspek yang terlibat masih dijalankan," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Sabtu.
Helmi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 27 2024
Rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan perbuatan tiga suspek melemparkan cat merah pada premis nasi kandar di Machang Bubok, Bukit Mertajam.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
Pengawal ditahan, rosakkan cermin kereta jiran sebab bising
Seorang pengawal keselamatan ditahan kerana disyaki melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta milik jirannya di rumah kedai di Pandan Indah pada Sabtu lalu.
Lelaki ditahan tendang pintu surau hingga rosak
Suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat.
Polis kesan Logeswaran bantu siasatan kebakaran gudang pakaian
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai suspek utama kes khianat melibatkan dua kebakaran di sebuah gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, yang membabitkan kerugian melebihi RM1 juta.
Dua lelaki ditahan bantu siasat kes dua jengkaut terbakar
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes video tular dua jengkaut terbakar di tapak projek pemasangan paip gas di tepi Jalan Sri Cheeding di sini, pada Selasa.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes perbuatan khianat di Ipoh
Suspek direman selama empat hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.